SIBU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) menerima 19,040 dos vaksin Covid-19 yang tiba semalam.
Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dr Annuar Rapaee berkata, dengan jumlah dos tersebut lebih ramai orang akan divaksin.
“Kita berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran 70 peratus atau 232,528 penduduk Sibu pada akhir Ogos ini dalam membentuk imuniti kelompok.
“Justeru, satu lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Komuniti Sibu Jaya akan dibuka bagi membantu mempercepat proses pemvaksinan ini,” ujar beliau.
Dr Annuar berkata, PPV tersebut akan mula beroperasi esok atau paling awal hari ini (Sabtu).
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 12 Jun 2021