ARTIKEL

Sasaran perdagangan, pelaburan dapat dicapai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan optimis sasaran perdagangan dan pelaburan yang ditetapkan untuk tahun ini dapat dicapai meskipun penyusutan nilai semasa ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), memandangkan banyak tonggak utama lain kekal mempunyai daya tarikan dan menarik minat pelabur global.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pelabur mempertimbangkan prospek jangka panjang dan sesuatu yang menjadi sandaran dalam membuat keputusan mereka

. “Ringgit merupakan satu daripada faktor utama. Mereka ingin melihat kestabilan ringgit dan saya berpandangan bahawa kita berada pada julat yang stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan jenama kenderaan elektrik terbaharu BYD Malaysia, BYD SEAL di sini, semalam.

Tengku Zafrul berkata pada kebiasaannya, pelabur mengambil masa sekitar enam bulan dan sehingga setahun untuk membuat keputusan pelaburan mereka, dan sehingga dua tahun untuk menubuhkan kilang di negara berkaitan, justeru mereka tidak terlalu menumpukan kepada ketidaktentuan mata wang.

Pelaburan adalah penting untuk pertumbuhan ekonomi, katanya sambil memaklumkan pada masa ini pelaburan menyumbang sekitar 22 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Untuk menjadikan pelaburan sebagai satu daripada enjin utama pertumbuhan, kita perlu meningkatkan pelaburan sebanyak dua kali ganda.

“Apabila peratusan pelaburan kepada KDNK meningkat, ini lebih memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Kita tidak boleh hanya bergantung kepada penggunaan dan perbelanjaan kerajaan,” katanya.

Menurut Tengku Zafrul, kerajaan menyasarkan pertumbuhan perdagangan sebanyak lima peratus tahun ini, meningkat sedikit berbanding pertumbuhan perdagangan global sebanyak tiga peratus yang diunjurkan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia. – Bernama 

BERITA LAIN

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman

Teknologi AI perkasa PKS untuk tingkatkan kecekapan

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu memperoleh kelebihan daya saing mereka dengan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI), yang merangkumi AI dokumen, AI umum, AI generatif, model

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman