ARTIKEL

Risalah mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan tiada gangguan bekalan elektrik semasa perayaan.

Sasaran tiada gangguan bekalan elektrik semasa Hari Raya Aidilfitri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak Energy komited dalam memastikan tidak berlaku gangguan bekalan elektrik semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Cabang operasi dan runcit syarikat, SESCO Berhad (SESCO) secara aktif memantau semua aspek operasi dan telah melaksanakan persiapan yang diperlukan, termasuk pelan kontingensi.

Ketua Pegawai Eksekutif SESCO Lau Kim Swee, memberi jaminan kepada orang ramai bahawa semua persediaan telah dibuat bagi menangani sebarang gangguan bekalan elektrik.

“Kami mempunyai pasukan teknikal yang cekap dan berdedikasi yang bertugas untuk memastikan bekalan elektrik tanpa gangguan untuk pelanggan kami yang dihargai.

“Pasukan ini sentiasa memantau keadaan sistem untuk memastikan kestabilan bekalan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya, sebagai tambahan kepada prosedur operasi yang ditetapkan, SESCO memohon kerjasama daripada orang ramai mematuhi amalan keselamatan elektrik sebagai langkah menghindari kejadian tidak diingini.

Sarawak Energy menyarankan orang ramai mengambil langkah-langkah seperti berikut:
*Memeriksa pendawaian elektrik dan memastikan ia diselenggara dengan baik untuk mengelakkan litar pintas.

*Jika memasang lampu perayaan, elakkan membebankan soket elektrik dengan berbilang penyesuai pin dan kabel sambungan untuk mengelakkan kebakaran akibat beban litar elektrik. Pastikan semua soket elektrik dalam keadaan baik.

*Pastikan gegelung wayar sambungan dirungkai apabila digunakan untuk mengelakkan kabel terlalu panas.

*Memaklumkan Sarawak Energy dengan segera jika pokok atau pokok renek menyentuh kabel elektrik.

*Sekiranya terdapat aktiviti yang mencurigakan pada kemudahan elektrik, hubungi Sarawak Energy segera untuk mengelakkan gangguan, vandalisme dan kecurian kabel.

*Segera laporkan sebarang gangguan bekalan elektrik atau kabel yang rosak bagi penyelesaian segera.

*Sebelum menjalankan sebarang kerja penggalian, kontraktor mesti menghubungi Sarawak Energy untuk mengelakkan kerosakan kabel bawah tanah.
Sarawak Energy juga menasihatkan pengguna supaya tidak menggunakan sambungan pendawaian dalaman yang tidak sah, kerana ia mungkin membebankan sistem elektrik dan dikhuatiri menyebabkan kebakaran.

Sarawak Energy juga menasihatkan agar tidak melakukan penyambungan pendawaian dalaman secara haram, terutamanya semasa musim perayaan, kerana ia boleh membebankan sistem elektrik dan menimbulkan bahaya kebakaran.

Untuk sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan 24/7 Sarawak Energy di talian 1300-88-3111, e-mel : customercare@sarawakenergy.com atau berbual dengan ejen maya CARINA.

Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh menghubungi penyedia utiliti melalui aplikasi mudah alih Sarawak Energy ‘SEB cares’, yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU