Satok bakal membangun dengan pesat

KUCHING: Kawasan perumahan baharu akan dibuka selepas rangkaian jalan raya dari Jalan Datuk Sulaiman hingga Kampung Segedup siap sepenuhnya dalam tempoh dua ke tiga tahun akan datang.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kawasan Satok bakal menyaksikan pembangunan yang pesat apabila beberapa projek kini sedang dirancang atau dalam pembinaan. “Kita ingin menaik taraf pembangunan di kawasan Satok.

“Malah di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), kita akan menaik taraf tebingan sungai hingga ke Jalan Satok,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang berjumlah RM1.152 juta kepada lapan persatuan di Ibu Pejabat PBB Satok di sini, semalam.

Abang Johari yang juga Adun Satok menambah, Satok akan terus maju apabila menjadi pusat ART kelak. “Tidak lama lagi bangunan Hikmah Exchange akan siap dibina yang menempatkan pusat komersial dan pejabat korporat.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 21 Mac 2021

Suara Sarawak