ARTIKEL

Blok A rumah pekerja sebuah kilang di Jalan Semangat, Pending musnah terbakar malam tadi

Satu blok rumah pekerja musnah terbakar, 8 penghuni berjaya selamatkan diri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Lapan penghuni rumah pekerja sebuah kilang di Jalan Semangat, Pending berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran yang meranapkan kediaman mereka itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 9.56 malam tadi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya, BBP Padungan dan BBP Petra Jaya ke lokasi.

“Setiba di lokasi mendapati kebakaran berlaku melibatkan satu blok rumah pekerja iaitu blok A yang terbakar 100 peratus.

“Kebakaran bermula dari bahagian tengah blok A manakala blok B dan C selamat,” katanya dalam kenyataan.

Menjelas lanjut, beliau berkata setiap blok rumah pekerja tersebut mempunyai 10 pintu rumah, dengan blok A hanya mempunyai tiga pintu sahaja yang berpenghuni.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU