Satu blok terdiri dari enam rumah kayu musnah terbakar awal pagi tadi

KUCHING: Enam buah rumah di Jalan Tiong Hua di Sibu musnah terbakar awal pagi tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dengan kekuatan sembilan anggota yang diketuai oleh Donny Sumping bergegas ke lokasi kejadian serta dibantu oleh BBP Sungai Merah dengan kekuatan 10 anggota.

Menurut Donny, kebakaran melibatkan enam buah rumah kediaman yang melibatkan satu blok rumah bertiang serta lantai gantung (binaan lama) dan mempunyai enam pintu rumah berstruktur tidak kekal(kayu) telah musnah.

“Semasa kebakaran semua penghuni rumah berjaya menyelamat diri dan selamat.

“Maklumat semua penghuni rumah sedang diambil kerana sesetengah penghuni telah berpindah ke rumah saudara terdekat dan menyukarkan pihak bomba mendapatkan maklumat penghuni rumah,” ujarnya.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.38 pagi.

Suara Sarawak