ARTIKEL

Satu daripada 10 remaja makan makanan segera sekurang-kurangnya tiga kali seminggu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2022, tinjauan Kesihatan Remaja 2022 mendapati satu daripada 10 remaja makan makanan segera sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Remaja kerap mengambil makanan segera kerana lazimnya ia mudah disediakan dan mempunyai rasa yang enak.

Bagaimanapun, makanan segera memberi kesan buruk ke atas kesihatan serta meningkatkan risiko obesiti kerana mengandungi kalori, gula, garam, bahan pengawet yang tinggi dan rendah nutrisi.

Justeru, KKM menasihatkan remaja agar mengehadkan pengambilan makanan segera dalam menu harian untuk menghindar penyakit kronik demi menjamin kesihatan pada masa depan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU