PENDUDUK di sebuah kampung di Simunjan, Samarahan diarahkan menggantikan puasa ekoran laungan azan Maghrib lebih awal daripada waktu sebenar.
Menurut memorandum rasmi Jabatan Mufti Sarawak (JMS), puasa bagi penduduk yang terlibat adalah terbatal dan diwajibkan qada puasa kerana berbuka sebelum masuk waktunya.
Ini kerana tempoh berpuasa menurut syarak bermula setelah terbit fajar sehingga terbenamnya matahari dan bukan berakhir dengan laungan azan.
Bagaimanapun, kekhilafan dan tarikh kejadian tersebut tidak didedahkan.
Sehubungan itu, JMS menyarankan agar masyarakat Islam lebih peka dan berhati-hati terutama dalam perkara berkaitan waktu berbuka puasa.