Trending

Satu kematian direkodkan pada minggu ke-44 Epidemiologi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

 

KUCHING: Sibu merekodkan satu kes kematian pada minggu ke-44 Epid (Epidemiologi).

Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), jumlah kes baharu Covid-19 di Sarawak meningkat kepada 459 kes.

Daripada jumlah tersebut, 446 kes adalah kategori 1 dan 2, manakala 13 lagi di bawah kategori 3, 4 dan 5.

Sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 317, 836 kes di Sarawak.

Kuching mencatatkan 192 kes baharu, diikuti Sibu 55 kes, Miri 52 kes, Sarikei (11),Bintulu (31), Mukah (8), Samarahan (22), Serian (14), dan Bau (15).

Seterusnya, Kanowit, Limbang, Lawas, dan Lubok Antu masing-masing mencatatkan empat kes, manakala Beluru, Pakan, Julau, Subis, dan Asajaya masing-masing mencatatkan tiga kes.

Dua kes direkodkan di Sri Aman, Betong, Marudi dan Bukit Mambong, manakala Simunjan, Song, Meradong, Pusa, Telang Usan, Selangau dan Kabong masing-masing satu kes.

Sementara, Lundu, Tanjung Manis, Tatau, Matu, Saratok, Daro, Belaga, Sebauh dan Tebedu mencatatkan sifar kes.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru