KUCHING: Kes positif Covid-19 pertama yang melibatkan varian Delta (B. 1.617.2) dikesan di Sarawak.
Seorang lelaki berusia 56 tahun dari Sarawak telah dikesan dengan varian tersebut pada 18 Jun lalu yang merupakan kes Import B.
Kenyataan daripada Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Univisiti Malaysia Sarawak (Unimas) memberitahu selain varian ini, kes positif yang melibatkan varian Beta (B.1.351) dan Theta (P.3) juga telah dikesan.
Pengarah IHMC Pro Dr David Perera berkata, pengesanan itu adalah hasil pengawasan berterusan Unimas terhadap varian SARS-COV-2 di negeri ini.
Menurutnya, sebanyak 59 kes yang melibatkan “Varian of Concern (VOC)” dan “Variant of Interest (VOI)” telah dikesan dalam kes positif hingga 26 Jun.
Varian Delta pertama kali dikesan di India sementara Beta pertama kali dikesan di Afrika Selatan manakala Theta di Filipina.
Dr David berkata untuk Beta, terdapat 34 kes yang dikesan di Kuching, tiga di Bau dan masing-masing satu di Lundu, Serian, Simunjan dan Sibu.
Menurutnya terdapat tiga kes lain yang dikategorikan sebagai Import B di bawah varian yang sama.
Beliau menjelaskan untuk varian Theta, enam kes telah dikesan di Kuching dan tujuh di Kota Samarahan sementara satu kes Eta (B.1.525) yang merupakan kes import A dikesan.