KUCHING: Satu kluster baharu dikesan hari ini melibatkan penghuni rumah pekerja sebuah ladang kelapa sawit, iaitu Kluster Jalan Persisir Bintulu-Miri, Bintulu.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), kluster tersebut di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan terletak di Jalan Persisir Bintulu-Miri.
“Seramai 312 orang telah disaring dan 25 kes positif termasuk kes indek, manakala 287 individu masih menunggu keputusan,” katanya JPBN dalam kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, JPBN berkata empat kluster diisytiharkan tamat hari ini iaitu kluster Sungai Parik di Sri Aman, Kluster Banting di Sri Aman, Kluster Melatai di Kapit dan Kluster Jalan Baru Tatau-Bintulu.
“Sementara itu, tujuh kawasan diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Rh. Lanchum, Kampung Tenggang, Pantu Sri Aman dan Kuarters Pekerja, Ladang Suajaya Crop Mahir Sdn. Bhd bermula 22 Julai sehingga 4 Ogos depan.
“Selain itu, Rh. Seman Anak Riggie, Sg. Nat, Jalan Samling, Tinjar Beluru bermula 22 Julai hingga 5 Ogos dan Kuarters Pekerja, Ladang Pelitanah 1 & 2 Dalat bermula 25 Julai hingga 7 Ogos depan.
“Rh. Peter Mudai, Sg. Sian, Bintangor Meradong dan Rh. Wat, Jikang Julau pula mula menjalani PKPD 23 Julai hingga 8 Ogos,” tambahnya.