Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Satu kluster baharu, tiga kluster tamat, 75 kluster aktif keseluruhan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Gambar hiasan

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengisytiharkan satu lagi kluster baharu iaitu kluster Ulu Teru, Beluru, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, Kluster Ulu Teru merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di Kampung Lubok Mulong, Ulu Teru, Beluru.

“Kluster ini dikesan melalui pergaulan sosial dalam kalangan penduduk rumah panjang tersebut.

“Sejumlah 468 individu telah disaring iaitu sebanyak 46 kes dikesan positif Covid-19 termasuk kes indeks, 360 kes didapati negatif, dan 62 kes masih menunggu keputusan makmal.

“Kesemua kes positif Covid-19 ini telah dirujuk ke Hospital Miri dan dimasukkan ke Hospital Miri serta PKRC di daerah Miri bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, JPBN memberitahu tiga kluster Covid-19 di Sarawak tamat hari ini setelah tiada merekodkan kes positif baharu dalam tempoh 28 hari .

“Kluster tersebut adalah Kluster Jalan Disa, Sibu, Kluster Sains Bakam, Miri dan Kluster Sungai Nirai, Selangau,” jelasnya.

Baca lain  Kerjaya pengawal peribadi bukan mudah

Bagaimanapun, JPBN mendedahkan sebanyak 75 kluster masih aktif di negeri ini iaitu 13 kluster telah merekodkan 146 penambahan kes baharu, manakala 62 kluster tidak merekodkan penambahan kes.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru