ARTIKEL

Satu kluster komuniti baharu, tiga kawasan di arah PKPD, dua tamat, satu dilanjutkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Satu kluster komuniti baharu direkodkan di Sarawak hari ini, iaitu Kluster Jalan Dato Permaisuri, Miri akibat perhimpunan sosial makan beramai-ramai di sebuah kediaman pada 1 Mei lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, aktiviti sosial di rumah di Jalan Dato Permaisuri itu telah dihadiri oleh 10 orang bukan rakan serumah.

“Sejumlah 176 individu telah disaring, 31 daripadanya positif, manakala 123 negatif dan 22 lagi masih menunggu keputusan makmal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan JPBNS berkata Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengisytiharkan dua kluster tamat iaitu Kluster Jalan Kapitan, Marudi dan Kluster Pujut Satu, Miri setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari.

“Dalam pada itu sebanyak 84 kluster masih aktif di Sarawak dan hanya sembilan kluster merekodkan penambahan 52 kes baharu,” tambahnya.

Mengenai status daerah, JPBNS berkata Tanjung Manis dan Tatau telah bertukar ke status merah daripada status jingga setelah merekodkan masing-masing 46 dan 58 kes jangkitan tempatan baharu.

“Jumlah daerah berstatus merah kekal 24, manakala Beluru dan Tebedu pula telah bertukar ke status jingga daripada merah.

“Ini menjadikan daerah berstatus jingga kekal tiga, 10 daerah kuning dan hanya dua daerah hijau,” tambahnya.

JPBNS turut memberitahu tiga lagi lokaliti diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 27 Mei hingga 9 Jun ini.

“Ia melibatkan Rh. Isa anak Blone Tanjung Manis; Rh. Ben anak Kuleng, Tanjung Manis dan SK Telok Gelam, Tanjung Manis.

“Sementara itu, PKPD Rh Empading Bunu Skrang, Sri Aman dilanjutkan.

“Manakala PKPD di Rh Jelendai, Kampung Lipat, Skrang, Sri Aman dan Kampung Bako Hilir, Kuching ditamatkan hari ini,” ujarnya.

Kata JPBNS lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan 19 kompaun dengan enam di Lawas, Bintulu (4), Kuching (2), Mukah (2), Kanowit (2), Miri (2) dan Padawan (1) kerana melanggar SOP.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya