ARTIKEL

Satu korban runtuhan jambatan Baltimore

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Satu mayat ditemukan di dalam sungai susulan insiden jambatan runtuh, di Baltimore, timur negeri Maryland, Amerika Syarikat, lapor media, semalam.

“Kami dengar satu mayat ditemukan, tetapi pencarian sedang dijalankan di tapak,” kata Ahli Majis Bandar Baltimore, Phylicia Porter sebagai berkata kepada CNN.

Pegawai berkata, runtuhan itu berlaku apabila sebuah kapal kontena besar mengalami kegagalan kuasa pada awal Selasa, menyebabkan ia melanggar struktur jambatan itu.

Perlanggaran itu menyebabkan beberapa individu dan kenderaan terhumban ke dalam sungai yang sejuk.

Pihak berkuasa pelabuhan Singapura berkata ia memberi kerjasama dalam siasatan jambatan runtuh di AS.

Usaha sedang dijalankan bagi mengesan enam mangsa yang masih hilang.

Keenamenam individu berkenaan dipercayai sebahagian daripada kru pembinaan, sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan jambatan itu apabila kemalangan berkenaan berlaku.

Terdahulu, dua mangsa dikeluarkan dari Sungai Patapsco, seorang daripadanya dalam keadaan kritikal, menurut pihak berkuasa tempatan. “Ini adalah tragedi yang tidak dijangkakan.

Terlebih dahulu kita harus mendoakan kepada semua yang terbabit,” kata Datuk Bandar Baltimore, Brandon Scott.

Dalam ucapan ringkas dari Rumah Putih pada Selasa, Presiden AS, Joe Biden mahu Kerajaan Persekutuan membayar untuk pembinaan semula jambatan itu, yang dibuka kepada lalu lintas pada Mac 1977.

“Kami akan bekerjasama dengan rakan kongsi kami di Kongres untuk memastikan negeri itu mendapat sokongan yang diperlukan,” kata Biden. – Bernama-Xinhua

BERITA LAIN

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU