ARTIKEL

TERKAWAL.. Anggota bomba memadamkan kebakaran. | Foto BBP Lawas

Satu lagi kebakaran belukar enam ekar di Lawas berjaya dipadamkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LAWAS: Selepas kebakaran belukar berlaku di Pekan Trusan di sini dua hari lalu, ia berlaku lagi hari ini, sekali ini di Industrial Banting, Jalan Kuala Lawas.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5.30 petang tadi lalu tujuh anggota dikerahkan ke lokasi yang terletak enam kilometer dari balai.

Foto: BBP Lawas

Menurut komander operasi, PBK I Ngo Avan, setibanya mereka di tempat kejadian, kerja ‘size up’ dilakukan dan didapati benar berlaku kebakaran belukar dengan keluasan kawasan terbakar dianggarkan enam ekar.

“Kami melakukan operasi pemadaman dengan membentang dua aliran Salur Bantu Mula Dua Pancutan daripada Jentera Atego dengan sumber air daripada ‘Prime Mover’. Kami menggunakan teknik ‘direct attack’ ke punca api,” katanya.

Kebakaran berjaya dikawal dan dihalang merebak ke tempat lain serta padam sepenuhnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU