ARTIKEL

Satu lagi PKPD dikuatkuasakan di Simunjan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) hari ini memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Kanchong Baru, Gedong, Simunjan.

Menurut JPBN, pelaksanaan PKPD itu berkuat kuasa bermula 12.01 tengah malam hari ini hingga 6 Ogos depan.

Sementara itu, JPBN turut mendedahkan penamatan PKPD di dua buah penempatan iaitu di daerah Miri dan Bintulu.

“Bagi daerah Miri, penempatan yang akan ditamatkan PKPD adalah Penjara Pusat Miri iaitu ditamatkan pada hari ini.

“Manakala, Kuarters Pekerja Ladang Estate Sime Darby Plantation, Bintulu turut ditamatkan hari ini,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, JPBN mendedahkan daerah Betong dan Pakan telah bertukar status kepada status merah setelah masing-masing merekodkan 42 dan 46 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Jelasnya, daerah Tanjung Manis pula telah bertukar status kepada Kuning setelah merekodkan tujuh kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Manakala, daerah Telang Usan kembali ke status jingga dari merah setelah merekodkan 26 kes jangkitan tempatan.

“Bagi daerah Lubok Antu, ia juga kembali ke status kuning dari status jingga setelah merekodkan dua kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas,”katanya.

BERITA LAIN

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

Sarawak tidak lepaskan hak

BINTULU: Sarawak tidak melepaskan hak-haknya apabila menjadi rakan kongsi dalam penubuhan Malaysia, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Sebaliknya, beliau menegaskan

BERITA TERBARU