ARTIKEL

AKAN BEROPERASI…Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak yang terletak di Batu 12 Jalan Kuching-Serian (laman facebook rasmi Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak)

Satu lagi Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak akan beroperasi 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak yang terletak di Batu 12 Jalan Kuching-Serian akan beroperasi sepenuhnya bagi tahun 2024/2025.

Diaspirasikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, sekolah antarabangsa ini menawarkan Tahun 7 (Tingkatan 1) sehingga Tahun 11 (Tingkatan 5).

Ia juga menggunapakai kurikulum Cambridge IGCSE (International General Certificate of Secondary Education) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Pada masa ini, Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSISS) yang terletak di Petra Jaya telah mula beroperasi secara rasmi pada 4 April 2022.

Manakala, YSISS di Sibu, Bintulu dan Miri masih dalam peringkat perancangan dan pembinaan.

Menurut info yang diperoleh daripada laman web rasmi YSISS, permohonan untuk ke sekolah ini terbuka untuk semua, tetapi lebih mengutamakan murid daripada kumpulan B40.

Manakala murid dan/atau salah seorang ibu bapa mestilah anak jati Sarawak.  Murid yang bukan anak jati Sarawak masih dialu-alukan untuk memohon, namun keutamaan akan diberikan kepada anak jati Sarawak.

Selain itu, ia keperluan minimum Band 4 untuk “Pentaksiran Bilik Darjah”.  Murid yang mendapat markah kurang daripada Band yang diperlukan masih dialu-alukan untuk memohon, tetapi keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mendapat markah Band 4 dan ke atas.

Murid-murid juga dikehendaki menduduki Peperiksaan Kemasukan sebelum mendaftar di sekolah ini.  Hanya murid yang melepasi tahap yang ditetapkan akan ditawarkan kemasukan ke YSISS.

BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.