Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Satu lagi serpihan logam disyaki komponen roket China ditemukan di Samalaju

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

BINTULU: Selepas penemuan objek dipercayai serpihan roket milik negara China di Miri, satu lagi objek logam dijumpai di kawasan kebun sawit persendirian yang terletak di hujung jalan Kampung Hulu Nyalau, Samalaju, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superitendan Batholomew Umpit berkata, objek besi separa bulat berbentuk ladam kuda itu ditemui di dalam lubang pada kedalaman kira-kira empat inci, pada jam 9.00 pagi.

“Lokasi itu kini dipantau rapi dan pihak polis menasihati orang ramai agar tidak berada di kawasan berhampiran tempat kejadian kerana dikhuatiri logam tersebut mengandungi bahan radioaktif yang boleh memudaratkan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, polis juga mendapat bantuan Pasukan Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) cawangan Bintulu untuk tujuan analisis selain pemeriksaan lanjut objek terbabit.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak benar kerana dikuatiri boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

“Mereka perlu menghubungi balai polis berdekatan sekiranya mempunyai maklumat berkenaan perkara tersebut,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk