ARTIKEL

Satukan semula bekas pelajar Majlis Khatam al-Quran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEKAS pelajar Sekolah Menengah Tun Abang Haji Openg kohort 1971 hingga 1974 (SMK TAHO) mengadakan program Majlis Khatam al-Quran Ex-Openg 71-74 dalam perjumpaan semula, sekali gus mengadakan ramah-tamah Hari Raya Aidilfitri.

Kumpulan bekas pelajar tersebut sebelum ini pernah mengadakan Majlis Khatam al-Quran yang serupa di Kampung Tanjung Tuang pada 2017 dan Kampung Sindang (2018), Kota Samarahan.

Pada tahun ini, ia diadakan di Masjid al-Hidayah Kampong Bako pada 4 Mei lalu.

Kampung Bako menjadi pilihan berdasarkan ramai daripada bekas pelajar tersebut berasal dari Kampung Bako.

Kebanyakan mereka berjaya dan menjadi pemimpin di luar Kampung Bako dan tunjang pembangunan masyarakat kampung sebagai Ahli Jawatankuasa Masjid Al Hidayah Kampung Bako.

Ketua rombongan pelajar, Dr Kamil Salem berkata, antara objektif kerjasama majlis khatam adalah untuk mengukuhkan silaturahim bekas pelajar SMKTAHO di sekitar Kuching dan Samarahan.

“Ia turut menjalin silaturahim dan kerjasama dengan Jawatankuasa Masjid Al Hidayah serta penduduk Kampung Bako untuk sedaya upaya mengekalkan majlis khatam dalam format tradisi era 1960-an,” ujarnya kepada Suara Sarawak.

Sementara itu, bagi Pengerusi Masjid Hidayah Kampung Bako, Sabri Mohtar, pengimarahan masjid melalui majlis tersebut serta pelbagai aktiviti sedia ada dapat membantu pihak masjid dalam usaha mencapai penarafan masjid lima bintang serta dapat bekerjasama dengan pihak luar.

Bagi menyerikan majlis, pelbagai aktiviti diatur untuk pengisian seperti peserta diarak menyeberang Sungai Bako menggunakan perahu, serta diiringi pukulan hadrah Kampung Bako — Kumpulan Bunga Manggar, sekali gus membawa nasi pulut kuning yang dicucuk dengan telur ayam.

Dalam pada itu, untuk merancakkan lagi majlis, aktiviti pertandingan rekaan pulut kuning, bunga telur dan gerai makanan juga diadakan.

Selain itu, pertukaran hadiah dalam kalangan masyarakat kampung turut dilakukan.

Sekitar 50 bekas pelajar SMKTAHO yang berasal dari Kuching, Samarahan dan Kampung Bako hadir untuk menjayakan Majlis Khatam al-Quran dan meraikan ramah-tamah Aidilfitri bersama-sama masyarakat Kampung Bako pada hari tersebut.

Acara penutupan dan penangguhan majlis disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Amanah Masjid Kampung Bako, Datuk Chaiti Bolhassan.

Majlis bermula pada 8.30 pagi dan tamat sekitar 2 petang.

BERITA LAIN

Teknik eratkan hubungan keluarga

SIKAP SEDERHANA keluarga adalah suatu cara hidup yang mendasarkan diri pada prinsip kesederhanaan, kecukupan dan keutamaan dalam setiap aspek. Pendekatan ini dapat mengeratkan hubungan ahli

Pakai kasut tumit tinggi

“Saya rajin membaca artikel berkaitan pentas peragaan di Internet dan kerap menonton pertunjukan fesyen menerusi pelbagai program ratu cantik,” ujarnya. Selain itu, pada 2019 dan

Pentas peragaan sentuhan Syafiq Kay

AKSI, kecekapan dan keanggunan pentas peragaan penting untuk menyerlahkan ratu cantik. Jurulatih pentas peragaan Sarawak, Shafi k Kay menyertai bidang peragaan dan kecantikan ratu cantik

BERITA TERBARU