ARTIKEL

freepik

Sawit naik RM3,750 satu tan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga purata kontrak niaga hadapan minyak sawit bulan ketiga yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2024 kepada RM3,750 satu tan berbanding RM3,515 satu tan sebelum ini.

BMI melalui satu kenyataan memaklumkan, ia sebahagiannya mencerminkan pengukuhan harga berterusan bermula pada suku ketiga tahun 2023, yang menyaksikan kontrak itu meningkat sebanyak 23.2 peratus antara awal Jun hingga awal September.

Pada masa yang sama, harga minyak sawit diniagakan lebih kurang dalam jajaran lima peratus daripada RM3,851 satu tan (+/- RM193 satu tan) sejak pertengahan 2022.

Semakan semula unjuran itu, bagaimanapun, menunjukkan penurunan harga daripada paras semasa hingga 2024, dengan kontrak sawit didagangkan pada paras purata RM3,830 satu tan hingga 14 Feb 2024.

Dalam jangka pendek, harga minyak sawit dijangka dihadkan berdasarkan trend harga dalam kompleks minyak makan yang lebih luas selain jangkaan bagi penuaian kacang soya yang lebih besar di pengeluar utama, termasuk permintaan yang lemah di China.

Menurut BMI, kesan El Niño, yang dijangka akan berkurangan antara April hingga Jun 2024, kepada keadaan penanaman di Indonesia dan Malaysia dianggap tidak ketara.

Sementara itu, jangkaan peralihan kepada keadaan La Niña antara Jun hingga Ogos 2024 boleh mempengaruhi sentimen pasaran dan menguji sokongan harga.

Pada pandangan BMI, pasaran minyak sawit dunia akan menyaksikan lebihan pengeluaran sebanyak 2.0 juta tan menjelang musim 2023/24, iaitu paras terendah dalam tiga musim.

Lebihan itu dijangka akan bertambah hingga jangka sederhana, dengan kemungkinan lebihan 2.5 juta tan metrik menjelang musim 2024/25 dan peningkatan musim ke musim sebanyak 0.2-0.3 juta tan metrik selepas itu.

BERITA LAIN

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman

Saya tidak minta apa-apa – Wong Soon Koh

KUCHING: Bekas Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Seri Wong Soon Koh, tidak menuntut apa-apa jawatan dalam kabinet Kerajaan Sarawak sebagai syarat bagi pembubaran partinya

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap