Saya lebih yakin jumpa rakyat – Tiong Sii

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N45 Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Sarikei, semalam.

Sejurus selesai disuntik beliau menuju ruang pemerhatian bagi pemantauan kesan sampingan selama setengah jam oleh petugas kesihatan.

“Sehingga kini, saya rasa biasa saja. Tidak ada kesan sampingan. Oleh itu, jangan percaya kalau ada orang kata vaksin ini tidak selamat.

“Saya gembira kerana suntikan pertama dan kedua berjalan lancar. Kini, saya lebih yakin turun padang menjalankan tanggungjawab kepada rakyat,” katanya kepada media.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera agar mendaftar secara manual di Klinik Kesihatan Sarikei.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 22 Mac 2021

 

Suara Sarawak