ARTIKEL

Wong Soon Koh (kanan) dan Dr Johnical Rayong (kiri) ditemu bual pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Sarawak di Kompleks DUN Sarawak, hari ini.

Saya tidak minta apa-apa – Wong Soon Koh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bekas Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Seri Wong Soon Koh, tidak menuntut apa-apa jawatan dalam kabinet Kerajaan Sarawak sebagai syarat bagi pembubaran partinya untuk menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP).

“Tidak. Saya tidak meminta apa-apa, tiada syarat,” katanya ketika ditemu bual pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Sarawak di Kompleks DUN Sarawak, hari ini.

Bagaimanapun, Soon Koh, yang kini menjadi Naib Presiden Kanan PDP, berkata beliau bersedia menyumbang pengalaman luasnya untuk membantu Kerajaan Sarawak memacukan lagi pembangunan dan kemajuan di negeri ini.

Sebelum mengetuai PSB di dalam blok pembangkang, Soon Koh yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan merupakan ahli Kabinet Kerajaan Sarawak dengan menyandang portfolio sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang di bawah pentadbiran Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dari 6 Mei 2017 hingga 15 Julai 2019.

Beliau juga pernah menjadi menteri di bawah pentadbiran dua bekas Ketua Menteri, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem.

Sementara itu, Soon Koh menyifatkan PSB sebagai melakar sejarah apabila menjadi parti politik pertama di Malaysia yang membubarkan diri.

“Pendaftar Pertubuhan (RoS) Putrajaya memberitahu bahawa PSB adalah parti politik pertama dalam sejarah Malaysia yang membubarkan diri.

“Bagi parti-parti lain, mereka dibatalkan pendaftarannya tetapi kami tidak, kami membubarkan diri sebagai laluan untuk kami menyertai PDP dan menjadi sebahagian daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya.

Manakala itu, bekas Timbalan Presiden PSB, Dr Johnical Rayong Ngipa, berkata beliau gembira kerana mereka dapat diterima dalam PDP sekali gus menjadi anggota parti komponen GPS.

Justeru, ADUN Engkilili itu, yang juga dilantik sebagai Naib Presiden PDP, yakin dengan penyertaan dalam GPS, mereka dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat di kawasan masing-masing.

“Kami akan memberi segala kerjasama kepada Premier yang telah menjalankan tugas dengan begitu cemerlang.

“Hasil daripada dasar beliau dalam menguruskan negeri dan rakyat, kita telah maju dalam suasana aman damai, dan dengan itu, kami mahu bersama-sama beliau dalam merancangkan sesuatu agar Sarawak terus kukuh dan stabil dari segi politik dan ekonomi, termasuk kemajuan rakyat khasnya di luar bandar” katanya.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA