ARTIKEL

Sayangi anak istimewa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HIDUP impikan kesempurnaan.

Dahulu impian saya nombor satu memiliki anak-anak yang sihat, sempurna fizikal, beradab dan pandai sekolah dan panjang umur.

Saya tidak impikan benda lain selain dikurniakan keluarga kecil yang bahagia dan tenang menjalani kehidupan.

Alhamdullilah, impian saya tercapai kerana anak saya membesar menjadi sesempurna di mata saya dan pandai dalam pelajaran.

Namun jika ditakdirkan kita dianugerahkan anak autisme seperti kes yang sedang hangat dibincangkan di seluruh negara ketika ini, apakah perasaan kita sama seperti ibu anak-anak normal?

Jawapannya, tidak Semalam, seluruh rakyat Malaysia berdebar-debar menunggu keputusan dakwaan ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dipercayai dibunuh Disember tahun lepas.

Kisah ini mendapat sorotan ramai kerana mayat kanakkanak itu dibuang di tebingan sungai berhampiran kediaman keluarganya.

Ibu bapanya ditahan 1 Jun lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, namun mahkamah semalam memutuskan kedua-duanya juga didakwa di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau keduaduanya jika disabitkan kesalahan.

Hakim membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin ke atas setiap tertuduh dengan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis setiap bulan serta tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes disebut semula di mahkamah pada 26 Julai depan.

Sepanjang kes berjalan selama dua minggu, netizen saling berbalah di media sosial dan menganggap ibu kanak-kanak itu mungkin secara tidak sengaja terbunuh — itu pendapat sepuluh sen sesetengah netizen.

Ada yang meluah memiliki anak austisme dan sering terangkat tangan kerana adakalanya mereka memberontak sehingga mencederakan diri sendiri.

Nampak tak?

Bukan mudah sebenarnya menjadi ibu bapa anak-anak autisme.

Kami pun ada anak austisme, anak adik saya. Kini berusia sembilan tahun namun cabarannya amat besar.

Saya melihat sendiri bagaimana sabarnya keluarga saya melayani anak yang seperti bom jangka — boleh tantrum bila-bila masa.

Lebih hebat, jika anak ini mandi dia boleh menghabiskan berbotolbotol syampu, mandian, ubat gigi dan menjadikan bilik mandi seperti tongkang pecah.

Ada waktu dia membuang air dari penapis, air berjujuran sehingga membasahi ruang dapur.

Kehendaknya juga sukar difahami kerana tidak boleh berkomunikasi.

Namun menginjak usia sembilan tahun, dia mampu berkomunikasi serba sedikit, selain tahu meminta apabila mengkehendaki sesuatu – dalam bahasanya sendiri.

Satu yang saya perhatikan anak saudara saya — dia langsung tidak mengendahkan apa-apa sapaan, teguran, kebahagiaan, ketawa dan kemarahan orang sekelilingnya.

Dia sentiasa di dalam dunianya sendiri tanpa memberi reaksi kepada orang sekelilingnya.

Dan, yang paling mencabar jiwa apabila dia tidak tahu bahaya yang dia lakukan.

Saya tidak duduk di dalam kasut adik saya, tetapi saya sangat memahami risikonya jika ada ibu yang tidak dapat mengawal kemarahan dan perasaan.

Kesabaran harus tinggi.

Tindakan harus wajar.

Melayan anak seperti ini kita tidak boleh selalu angkat tangan atau kasar dengan mereka.

Kita juga tidak boleh menyembunyikan mereka daripada dunia atau biarkan mereka terus berada dalam dunia mereka sendiri tanpa dibela?

Sesungguhnya, saya percaya tiada apa yang perlu dimalukan mempunyai anak austisme ini.

Mereka seperti makhluk Allah yang lain, cuma yang berbeza mereka kekurangan dari segi komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku, bukannya kurang upaya.

Sebab itu, berbalik kepada kes Zayn Rayyan, ramai berpendapat mungkin ada dalam kalangan keluarganya yang hilang sabar. Itu cuma pendapat, bukan kebenaran atau hukuman.

Bagi saya, hilang sabar pun tidak memberi hak kepada siapa pun pelakunya membuang mayat anak syurga itu di tepi sungai.

Itu perbuatan kejam.

Tercedera atau tanpa sengaja terlepas daripada tangan sehingga kemalangan pun, tidak mendorong kepada perbuatan kejam membuang mayat kanakkanak yang masih berpakaian sekolah itu.

Sebagai orang normal, ibu biasa yang dianugerahkan anak istimewa seperti itu, saya berasa kita harus menjadi seorang ibu yang toleran dan punya kesabaran tahap dewa kerana sakit mereka tidak penawarnya.

Tiada ubat.

Penawarnya cuma kesabaran dan kasih sayang keluarga kerana autisme adalah kecelaruan sepanjang hayat.

Justeru, secara faktanya, belum ada lagi ubat yang dapat dihasilkan untuk menyembuhkan autisme.

Manakala 2 April diwartakan sebagai Hari Kesedaran Autisme Sedunia dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan komitmen terhadap usaha untuk meningkatkan kualiti kehidupan individu autisme.

Bagi tahun ini (2024), Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memilih Kesedaran, Penerimaan dan Penghargaan: Beralih dari Hanya Bertahan kepada Berkembang Maju sebagai tema sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia 2024.

Ia juga salah satu daripada tujuh sambutan kesihatan di seluruh dunia yang membantu penyelidikan, diagnosis, rawatan dan penerimaan bagi mereka yang terjejas oleh gangguan perkembangan ini.

Hari itu juga diraikan dengan memberi perhatian kepada pesakit autisme serta pendedahan kepada orang ramai mengenai rintangan yang mereka menghadapi setiap hari di samping mengiktiraf kebolehan dan kemampuan mereka.

Namun bagaimanapun takdir anak kita, ingatlah, anak adalah sumber kebahagiaan dan kebanggaan kita.

Dan, kita selalu ada untuk mendukung mereka dalam setiap langkah yang ditakdirkan ke atas kita.

BERITA LAIN

Berani cakap berani hadap

KEMATIAN seorang pempengaruh baru-baru ini kerana tidak tahan berdepan dengan buli siber membawa kepada penahanan beberapa individu yang dipercayai membuat ugutan terhadap pempengaruh itu. Sudah

Sasaran 70 emas realistik

SEBAGAI tuan rumah dan selaku bekas juara tiga kali berturut-turut (1990, 1992 dan 1994), adalah wajar untuk kontinjen Sarawak mengimpikan kejuaraan keempat temasya sukan berprestij

PETROS, PETRONAS dan kejutan gembira

RUPA-RUPANYA masih ada yang tidak berpuas hati apabila Sarawak menggerakkan usaha dan berjaya dalam menuntut haknya terhadap pemilikan padang dan lombong minyak dan gas di

Sihat sebelum sakit

MANFAATKAN lima perkara sebelum lima perkara. Pertama, muda sebelum tua; kedua, sihat sebelum sakit; ketiga, kaya sebelum miskin; keempat, lapang sebelum sibuk dan kelima, hidup

Azam baharu hijrah

NABI Muhammad SAW dan sahabat berhijrah dari Makkah ke Madinah. Di situ bermula kisah Muhajirin dan Ansar bertaut persaudaraan, dan berkembangnya umat Islam lantaran tersebar ke

Ikhlas belajar

SEBELUM memasuki alam pekerjaan atau mengeluarkan titih peluh menjana pendapatan, sudah pasti terdapat mahasiswa mempunyai perancangan kerjaya sendiri. Ada antara mereka mengidamkan untuk bekerja mengikut

BERITA TERBARU