Kanak-kanak berusia dua tahun antara lima maut kemalangan di Sibu

Trending

Sayangi yang muda,hormati yang tua

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
SANTUNI...Wilfred Yap menyantuni warga emas yang hadir Majlis Makan Malam Sambutan Hari Raya Aidilfitri Rumah Seri Kenangan di Kuching. • Foto MOHD ALIF NONI

KUCHING: Sarawak perlu terus mengekalkan sikap prihatin dan penyayang dalam kalangan masyarakat khususnya melibatkan generasi tua.

Adun Kota Sentosa Wilfred Yap Yau Sin berkata, semua pihak perlu mengiktiraf dan menghargai sumbangan generasi terdahulu kerana banyak yang mereka lakukan kepada negeri ini.

“Saya berasa kita semua tahu bahawa masyarakat Sarawak sangat prihatin, marilah kita terus kekal menjadi masyarakat penyayang. Kita perlu melakukan lebih banyak lagi untuk generasi tua atas sumbangan yang telah mereka lakukan pada usia muda.

“Tanpa sumbangan generasi tua, kita tidak mungkin berada di mana kita hari ini,” katanya pada Majlis Makan Malam Sambutan Hari Raya Aidilfitri Rumah Seri Kenangan (RSK) Kuching di Hotel Imperial, dekat sini.

Tambahnya, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada generasi tua atas semua perkara yang dilakukan. “Kini anda sudah tua, biarlah kami sebagai masyarakat mengiktiraf sumbangan anda dan terus mengambil berat tentang anda termasuk di RSK ini,” ujarnya.

Sementara beliau yang hadir turut menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada Lembaga Pelawat RSK Kuching berjumlah RM20,000.

Baca lain  Usaha pelekat percuma bantu Penjarakan Sosial tangani Covid-19 di Mukah

Replika cek tersebut disampaikan oleh Wilfred kepada Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat, Kuching Datin Alice Livan Egang.

Sementara, mengenai majlis tersebut ia dianjurkan bersama oleh Lembaga Pelawat dan kakitangan RSK Kuching untuk meraikan Hari Raya bersama-sama warga emas di bawah jagaan rumah tersebut.

Program tersebut juga dianjurkan agar warga emas diberi peluang untuk meraikan sambutan Hari Raya dengan meriah bersama dengan Lembaga Pelawat, rakan strategik dan wakil dari Institusi Kebajikan yang lain.

RSK Kuching mempunyai 60 penghuni setakat ini iaitu 31 lelaki dan 29 wanita yang terdiri daripada kaum Melayu, Iban, Cina, Bidayuh, Kenyah, India dan Jawa.

Dalam pada itu, Wilfred memberitahu bahawa beliau gembira melihat semua penghuni di RSK Kuching dapat meraikan pelbagai sambutan perayaan bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama.

“Saya difahamkan semua perayaan termasuk Tahun Baharu Cina, Hari Gawai, Hari Raya diraikan bersama-sama oleh penghuni RSK.

Saya sangat gembira melihat perkara ini,” jelasnya. Hadir sama Ketua Bahagian Kesejahteraan Sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) Mordiah Sulaiman, Pengetua Rumah Seri Kenangan Kuching Sharifah Ranimah serta wakil yang lain.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

6 Jun 2023

Berita Terbaru