ARTIKEL

SC keluarkan garis panduan tadbir urus ESG untuk PKS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan untuk menyediakan garis panduan tadbir urus alam sekitar, sosial dan korporat (ESG) untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Syarikat gabungannya, Capital Markets Malaysia (CMM) juga akan menerbitkan Panduan Pendedahan ESG Ringkas (SEDG) untuk PKS, kata Pengerusi SC Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin.

Beliau menyatakan bahawa sokongan dan bimbingan untuk PKS adalah penting bagi mengurangkan risiko daripada kelemahan rantaian bekalan dan gangguan.

“Kami juga menyokong penerapan tadbir urus korporat merentasi rantaian bekalan, terutamanya oleh PKS,” katanya dalam ucaptama pada Meja Bulat Asia mengenai Tadbir Urus Korporat Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) 2023 di sini semalam.

Awang Adek berkata garis panduan Malaysia secara umumnya seiring dengan Prinsip Tadbir Urus Korporat G20/OECD yang dikemas kini, dan disahkan oleh para pemimpin bulan lepas.

Pada masa yang sama, Jawatankuasa Penasihat mengenai Pelaporan Kemampanan sedang membangunkan pendekatan peringkat kebangsaan bagi mematuhi piawaian pendedahan kemampanan Lembaga Piawaian Kelestarian Antarabangsa.

“Malaysia sentiasa menjadi contoh dari segi tadbir urus korporat. OECD menghargai langkah Malaysia untuk memulakan perjalanan tadbir urus kita lebih awal dan telah mencapai kemajuan yang baik.

“Ia adalah pelaksanaan yang  berterusan untuk menjadikan syarikat kita lebih sejajar, lebih bersedia dalam perjalanan kemampanan mereka,” katanya.

Awang Adek berkata untuk 18 bulan akan datang, tumpuan juga akan diberikan kepada keutamaan tadbir urus semasa, dan SC akan terus mengawal selia tadbir urus lembaga.

Prinsip G20/OECD yang disemak semula menekankan tanggungjawab lembaga pengarah, termasuk kepentingan langkah untuk meningkatkan kepelbagaian lembaga dan pengurusan.

Sehubungan itu, pada Jun 2023, Bursa Malaysia mewajibkan syarikat tersenarai mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita dalam lembaga pengarah (BOD) mereka.

Keperluan mandatori itu dilaksanakan selepas semakan terhadap Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2021 oleh SC, yang mengesyorkan bahawa sekurang-kurangnya terdapat 30 peratus pengarah wanita daripada semua BOD.

Pada Ogos, SC, Institut Pengarah Korporat Malaysia dan Bursa Malaysia melancarkan Program Peneraju Bagi Impak, satu latihan asas mandatori baharu mengenai kemampanan untuk pengarah semasa dan akan datang dalam firma yang tersenarai.

Sehingga kini, lebih 1,000 pengarah telah mendaftar untuk menyertai program itu, kata Awang Adek. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

162 kluster SPOC terima persijilan MSPO

KENINGAU: Sebanyak 162 Kluster Minyak Sawit Mampan (SPOC) melibatkan 177,355 pekebun kecil sawit persendirian (PKP) berjayamemperoleh Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di bawah seliaan

M’sia, Kanada perkukuh kerjasama pertanian

KUCHING: Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPK), Datuk Arthur Joseph Kurup menerima kunjungan kehormat daripada Menteri Pertanian dan Agrimakanan Kanada, Lawrence MacAulay pada Selasa,

KUCHING: Sebanyak lapan syarikat di bawah Program Gate to Global (GTG) MARA menyertai Pameran Perdagangan Antarabangsa Gulfood 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Pameran di

Kereta elektrik berharga RM179,000 hingga RM199,800

KUALA LUMPUR: BYD Malaysia Sdn Bhd hari ini melancarkan kenderaan sedan elektrik terbarunya (EV), BYD Seal, yang ditawarkan pada harga RM179,000 bagi varian premium dan RM199,800 bagi varian prestasi. BYD

BERITA TERBARU

87 das tembakan meriam diiringi titisan hujan

KUCHING: Berduka dengan pemergian tokoh signifikan ternama, bumi Sarawak seakanakan turut menangis apabila hujan turun semasa jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul

Polis berkas suspek terlibat 20 kes samun

IPOH: Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun

162 kluster SPOC terima persijilan MSPO

KENINGAU: Sebanyak 162 Kluster Minyak Sawit Mampan (SPOC) melibatkan 177,355 pekebun kecil sawit persendirian (PKP) berjayamemperoleh Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di bawah seliaan