KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menjawab sebarang panggilan telefon daripada Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC).
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia (PDRM), ASP Rahmat Fitri Abdullah berkata, panggilan telefon tersebut merupakan kaedah terbaharu scammer untuk menjerat individu ke dalam jenayah scam.
Menurut beliau NSRC diwujudkan untuk menerima panggilan daripada pengadu yang dikhuatiri terjerumus dalam jenayah scam.
Badan berkenaan tidak akan sesekali melakukan panggilan telefon kepada sesiapa.
“PDRM, SKMM, Bank Negara dan ahli jawatankuasa terlibat telah mewujudkan kemudahan kepada masyarakat, di luar sana, bagi mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa scam untuk menghubungi NSRC. jelas beliau lagi dalam satu perkongsian di platform TikTok.