NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Score sasar pelaburan RM334 bilion menjelang 2030

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Datuk Hanifah Hajar Taib
Datuk Hanifah Hajar Taib

KUCHING: Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score) menyasarkan jumlah pelaburan yang dirancang sebanyak RM334 bilion menjelang 2030.

Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, ia melibatkan sebanyak RM267 bilion pelaburan swasta dan RM67 bilion pelaburan kerajaan.

“Dengan kepelbagaian ekonomi yang boleh dicapai melalui Score, disasarkan ia akan memiliki sejumlah 2.5 juta peluang pekerjaan di Sarawak,” katanya.

Ahli Parlimen Mukah itu berkata demikian menjawab pertanyaan daripada Ahli Parlimen Sibu Oskar Ling Chai Yew mengenai perkembangan dan pencapaian Score di Tanjung Manis, Sarawak pada Persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, sehingga 2022, Score telah merekodkan pelaburan awam dan swasta sebanyak RM102.36 bilion.

“Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM93.09 bilion disumbang oleh pelaburan swasta melalui pelaksanaan sebanyak 334 projek.

“Manakala sebanyak RM9.17 bilion direkodkan daripada pelaburan awam yang melaksanakan sejumlah 326 projek sekali gus mewujudkan sebanyak 52,771 peluang pekerjaan,” jelasnya.

Katanya, Score sebahagian daripada rancangan untuk merangsang pertumbuhan di kawasan luar bandar merangkumi kawasan seluas lebih 100,000 km per segi, iaitu sekitar 80 peratus Sarawak yang merangkumi wilayah tengah hingga utara negeri ini.

Baca lain  Pasar raya sediakan ruangan menunggu di mesin ATM

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru