ARTIKEL

Hanifah (dua kiri) menyampaikan kit SME Digitise! kepada seorang peserta ketika melancarkan program tersebut di Mukah, hari ini.

SDEC, Yayasan Peneraju komited sedia khidmat pendigitalan ekonomi oleh PMKS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Yayasan Peneraju serta agensi terlibat sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan yang menggalakkan perkembangan ekonomi digital perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib, berkata ini termasuk pemasaran digital, khususnya dalam kandungan digital dan e-dagang.

“Usaha ini selaras dengan visi untuk mencapai kemakmuran ekonomi, masyarakat inklusif dan kelestarian alam seperti yang dinyatakan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Selain itu, Kementerian Ekonomi melalui Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) telah menetapkan Pemerkasaan PMKS dan Perusahaan Sosial sebagai satu daripada 17 anjakan besar.

“Melalui inisiatif pendigitalan ini, kerajaan yakin prestasi PMKS dapat ditingkatkan bagi mencapai sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 45 peratus dan eksport 25 peratus pada tahun 2025,” katanya.

Hanifah (duduk tengah) merakam kenangan bersama temtamu lain dan peserta program SME Digitise!.

Hanifah berkata demikian ketika berucap semasa Pelancaran Program SME Digitise! di Hotel Kingwood di sini, hari ini.

Menyentuh tentang program itu, beliau memberitahu bahawa ia direka khusus melalui kerjasama SDEC dan Yayasan Peneraju untuk PMKS memanfaatkan transformasi digital.

Ujarnya, pengusah PMKS akan melalui beberapa siri latihan dan pementoran yang komprehensif untuk menjadikan mereka lebih berdaya saing, seterusnya membuka peluang kepada produk tempatan mengakses pasaran global.

Sehubungan itu, katanya, SDEC turut diberi tanggungjawab untuk memperluas perkhidmatan telekomunikasi dan jalur lebar di Sarawak, termasuk Bahagian Mukah.

“Bagi pihak Parlimen Mukah, sejujurnya kita masih berhadapan dengan gangguan komunikasi, dan berdasarkan pengalaman penduduk tempatan, inisiatif untuk menaik taraf kepada rangkaian 5G yang masih tidak stabil adalah tidak sesuai.

“Ini disebabkan penggunaan telefon pintar 5G di bahagian ini masih rendah.

“Oleh itu, kami berharap agar fokus diberikan kepada penyediaan rangkaian 4G dengan lebih meluas bagi meliputi seluruh Bahagian Mukah,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hanifah memberitahu bahawa program ini mencerminkan usaha bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk menyokong perniagaan tempatan melalui inisiatif e-dagang.

Justeru, beliau menasihatkan PMKS di Sarawak untuk memanfaatkan program SME Digitise! bagi menambah baik perniagaan mereka dari semasa ke semasa.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif SDEC, Sudarnoto Osman, dan Naib Presiden Eksekutif Strategi Yayasan Peneraju, Zatur-Rawihah Omar.

BERITA LAIN

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

Sarawak tidak lepaskan hak

BINTULU: Sarawak tidak melepaskan hak-haknya apabila menjadi rakan kongsi dalam penubuhan Malaysia, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Sebaliknya, beliau menegaskan

BERITA TERBARU

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

Sarawak tidak lepaskan hak

BINTULU: Sarawak tidak melepaskan hak-haknya apabila menjadi rakan kongsi dalam penubuhan Malaysia, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Sebaliknya, beliau menegaskan