SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

SE7EN, Lee Da Hae bakal tamat zaman bujang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SELEBRITI KOREA Selatan, SE7EN dan Lee Da Hae mengumumkan bakal berkahwin 6 Mei ini selepas lapan tahun berhubungan cinta.

Pada 20 Mac, pasangan bintang itu berkongsi sepucuk surat berkaitan berita baik itu di Istagram mereka.

“2023 merupakan 20 tahun usia saya dalam industri sejak penampilan sulung, di sini saya ingin berkongsi berita gembira.

“Saya berjanji berkahwin pada 6 Mei ini dengan kekasih saya, Lee Da Hae yang bersama-sama saya ketika susah dan senang sepanjang tempoh lapan tahun percintaan kami.

“Bermula dari sekarang, saya akan menjadi ketua dan suami, hidup dengan penuh kematangan dan tanggungjawab,” katanya sambil mengucapkan terima kasih peminat yang sentiasa memberi sokongan sepanjang kariernya. 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

KNIGHTS OF ZODIAC

KNIGHTS of the Zodiac ialah filem aksi daripada adaptasi animasi

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru