CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

SEB lantik 29 HSAP yang bertaraf antarabangsa

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
29 penilai yang dilantik oleh SEB

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) melantik seramai 29 orang penilai Protokol Penilaian Kelestarian Tenaga Hidro (HSAP) atau penilai Alam Sekitar, Sosial dan Pengurusan Tenaga Hidro (HESG)Penilai Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Tenaga Hidro (HESG) yang dilatih di peringkat antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif SEB Datuk Sharbini Suhaili berkata, SEB kini mempunyai 11 orang Penilai Bertauliah Sementara (PAA) dan 18 orang penilai dalaman di bawah HSAP dan HESG antarabangsa.

“Pada tahun 2014, SEB telah menubuhkan HSAP dalaman bagi meningkatkan usaha syarikat untuk amalan kelestarian dalam proses pengembangan dan operasi tenaga hidro.

“Kini pasukan penilai telah bertambah daripada 18 orang ke 33 orang penilai,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, kumpulan penilai tersebut dapat membantu mereka menguruskan risiko secara proaktif bagi memastikan mereka terus mematuhi amalan terbaik antarabangsa, keperluan pembiayaan dan memenuhi jangkaan perubahan generasi ketika bergelar pakar tenaga hidro yang boleh diperbaharui seiring dengan impian serantau.

Selain itu, kumpulan tersebut akan bertanggungjawab untuk menilai dan meningkatkan prestasi kelestarian projek dan loji tenaga hidro SEB.

Baca lain  Tolonglah, kami kepenatan!

11 orang PAA baharu akan terlibat dalam penilaian pelanjutan projek antarabangsa yang dilakukan oleh pemaju lain di bawah pengawasan Penilai Utama Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA).

Ketua Pegawai Eksekutif SEB Datuk Sharbini Suhaili

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru