ARTIKEL

HEP Murum 944MW yang direka khas untuk mengekalkan aliran air di sepanjang sungai antara empangan dengan pusat kuasa.

SEB lelong 268,800 Sijil Tenaga Boleh Diperbaharui kepada 15 pembeli pelbagai industri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak Energy Bhd (SEB) telah membuat lelongan sebanyak 268,800 Sijil Tenaga Boleh Diperbaharui (REC) Tenaga Hidro bagi tahun 2024 (Kontrak HRECv24), yang diperoleh daripada Loji Hidroelektrik (HEP) Murum, kepada 15 pembeli daripada pelbagai industri.

Menurut satu kenyataan daripada SEB, lelongan itu dilaksanakan secara dalam talian yang dihoskan oleh anak syarikat Bursa Malaysia Bhd, iaitu Bursa Carbon Exchange (BCX), pada 25 Jun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif SEB, Datuk Sharbini Suhaili, berkata bahawa pihaknya berasa gembira dengan hasil lelongan itu.

Ia dijayakan melalui Memorandum Kerjasama strategiknya dengan BCX yang ditandatangani pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

“Kerjasama ini menekankan komitmen kami terhadap kemampanan dan peranan kami dalam membentuk masa depan tenaga yang berdaya tahan.

“Selain itu, ia juga membantu meningkatkan kesedaran REC, meningkatkan akses pasaran, dan memudahkan ketelusan harga,” katanya.

Menurut kenyataan itu juga, REC yang dilelong adalah sejajar dengan Piawaian Penjejakan Atribut Antarabangsa yang diakreditasi oleh Yayasan I-TRACK.

Ia telah dijelaskan pada harga RM4.50 setiap kontrak, serta mempamerkan permintaan pasaran tempatan yang teguh serta keberkesanan mekanisme harga telus BCX.

Manakala itu, tentang HEP Murum 944 Megawatt (MW), ia mula beroperasi pada tahun 2014 dan terletak di daerah Belaga, Bahagian Kapit.

Ia kini merupakan loji hidroelektrik kedua terbesar di Sarawak selepas HEP Bakun selain projek tenaga mampan berskala besar kedua berikutan pengiktirafan HEP Batang Ai pada 1985 yang dibangunkan oleh SEB bagi pihak Kerajaan Sarawak.

Pembangunan HEP Murum dijalankan mengikut keadaan yang berkaitan peraturan dan prosedur negara.

Penilaian impak kepada alam sekitar dan kesan sosial yang komprehensif telah dijalankan.

Di samping itu, Pelan Tindakan Penempatan Semula telah dirangka bagi memastikan pengurusan kesan alam sekitar dan sosial adalah proaktif dan memupuk penglibatan dan ketelusan komuniti.

SEB mula memperkenalkan REC pada 2019.

Pusat Penempatan Semula Metalun.

REC daripada HEP Batang Ai telah dikeluarkan oleh Daftar Instrumen Boleh Diperbaharui Global atau ‘Tradable Instrument for Global Renewables Registry’ (TIGR).

Komitmen ini meliputi pemuliharaan biodiversiti dengan kerjasama Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), termasuk Operasi Pemantauan dan Menyelamat Hidupan Liar (WiMoR) serta Taman Pemuliharaan Flora Murum.

Pada 2022, SEB mengembangkan portfolio REC untuk memasukkan HEP Murum yang didaftarkan di bawah pendaftaran I-REC, dan kini sedang bersedia untuk memasuki fasa seterusnya melalui tawaran REC pada suku keempat tahun ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU