ARTIKEL

SEB meterai MOU dengan syarikat pembekal tenaga bersih UAE

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

DUBAI: Sarawak Energy Berhad (SEB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat pembekal tenaga bersih milik kerajaan United Arab Emirates (UAE), Abu Dhabi Future Energy PJSC, yang dikenali sebagai Masdar.

Kerjasama itu dimeterai sempena pada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCC), bertujuan untuk memajukan pembangunan projek tenaga boleh diperbaharui di seluruh Sarawak dan juga Malaysia.

Ketua Pegawai SEB Group Datuk Sharbini Suhaili berkata, ketika Malaysia maju ke arah sasaran sifar bersih, adalah penting bagi negara untuk bekerjasama dalam memaksimumkan potensi penuh sumber tenaga boleh diperbaharui.

“Kerjasama sebegini adalah penting dan perkongsian kami dengan Masdar memainkan peranan penting dalam memajukan agenda masa depan yang mampan.

“Antara tumpuan perjanjian tersebut adalah berkisar kepada beberapa bidang utama termasuk pembangunan projek tenaga boleh diperbaharui menggunakan teknologi inovatif seperti teknologi solar photovoaltic (PV) dan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS).

“Salah satu sasaran yang digariskan adalah usaha bersama bagi membangunkan dua gigawatt (GW) projek tenaga boleh diperbaharui di Malaysia, fasa satu bermula dengan pembangunan 1GW di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Masdar Mohamed Jameel Al Ramahi menzahirkan rasa bangga dalam mengukuhkan sokongan mereka terhadap matlamat tenaga boleh diperbaharui itu.

Katanya, sebagai perintis tenaga bersih lebih 17 tahun dalam projek pada skala besar, pihaknya berharap agar dapat membantu membina kapasiti tenaga boleh diperbaharui Malaysia dengan perjanjian ini bagi menyokong sasaran sifar bersihnya.

Terdahulu, kajian dari 1960-an menunjukkan bahawa Sarawak mempunyai 20,000 Megawatt (MW) potensi kuasa hidro dengan sekurang-kurang 8,000 MW dari tapak berpotensi, dan SEB telah memanfaatkan 3.452 Gigawatt (GW) daripada loji kuasa hidro Bakun, Murum dan Batang Ai dengan 1.258 GW Baleh HEP dimulakan menjelang akhir dekad.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta