Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

SEB nafi longgokan sisa kayu akibat aktiviti pembersihan HEP Baleh

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) menepis dakwaan longgokan sisa kayu di Sungai Batang Baleh disebabkan oleh kerja-kerja pembersihan tapak di kawasan Empangan Hidroelektrik Baleh (HEP).

Tegas SEB, menjadi keutamaan pihaknya untuk memastikan kejadian sedemikian tidak berlaku di tapak projek kerana ia boleh memudaratkan keselamatan masyarakat setempat.

“Tidak ada aktiviti pembersihan secara besar-besaran di tapak projek HEP, malah kali terakhir kerja tersebut dilaksanakan adalah pada 2018 iaitu semasa permulaan projek.

“Kerja tersebut siap pada April 2019 dengan semua sisa kayu dan balak yang berkaitan telah dibuang dengan betul seperti yang diluluskan pihak berkuasa,” kata SEB dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, sisa-sisa longgokan kayu yang hanyut bukan dari tapak projek HEP kerana aktiviti pembersihan biomas di hulu empangan dijangka bermula tahun 2023.

“Untuk mengesahkan perkara tersebut, pasukan SEB di lokasi telah melakukan pemantauan dari udara dan darat menggunakan dron.

“Daripada penilaian awal, dapat disimpulkan sisa-sisa kayu lebih banyak di bahagian hulu iaitu 1.5km dari portal empangan dan difahamkan bahawa aktiviti pembalakan aktif berlaku di situ,” jelasnya.

Menurut SEB lagi, pihaknya telah memulakan kerja-kerja pembersihan awal untuk mencari kaedah paling selamat serta berkesan dan ia hanya dapat dilaksanakan apabila air surut.

Terdahulu, tular mengenai kejadian longgokan sisa-sisa kayu yang turut digelar penduduk setempat sebagai apat, yang hanyut membanjiri Sungai Batang Rajang bermula dari Ulu Baleh sehingga ke kawasan Kapit, Song, Kanowit, Sibu dan seterusnya ke kawasan hiliran lain.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News