ARTIKEL

Aktiviti perlombongan mata wang kripto.

SEB rugi RM4 juta setiap bulan akibat penggunaan elektrik tidak direkod

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sarawak Energy Berhad (SEB) mengalami kerugian RM4 juta setiap bulan sejak 2018 akibat penggunaan elektrik yang tidak direkodkan dipercayai akibat kes kecurian elektrik yang semakin berleluasa.

SEB melalui cabang operasi dan runcitnya iaitu Syarikat SESCO Berhad (SESCO) berusaha membendung isu kecurian elektrik.

Menurut kenyataan SEB, bertindak atas maklumat orang awam baru-baru ini, pihaknya berjaya membongkar satu lagi lubuk aktiviti perlombongan mata wang kripto yang beroperasi di sebuah rumah kedai dua tingkat di Pujut 7.

“Dalam serbuan tersebut, 17 perlombongan ditemui dengan kabel penorehan terus yang disambungkan dari pendawaian elektrik utama rumah kedai itu ke bilik server melalui jalan setinggi lima kaki.

“Tanda hangus dilihat berhampiran kabel penorehan terus yang menunjukkan bahaya kebakaran serta boleh merosakkan harta benda berhampiran, sekali gus membahayakan nyawa penggunaan.

“Susulan itu, kesemua kabel dan bahan yang digunakan untuk penorehan terus dirampas untuk dijadikan sebagai bahan bukti kecurian elektrik.

“Manakala, kesemua pesalah didakwa mengikut Seksyen 33 (5) Ordinan Elektrik yang membawa hukuman sehingga RM200,000 dan/ atau penjara maksimum lima tahun,” katanya.

Pada masa yang sama, SEB juga menasihati orang ramai supaya berhati-hati didekati inidvidu yang menawarkan untuk mengurangkan bil elektrik mereka kerana ini boleh menunjukkan pembabitan dalam kecurian elektrik.

BERITA LAIN

MCMC, PDRM banteras kegiatan pancing data

PUTRJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia berjaya membanteras kegiatan memancing data (phishing) melalui pautan khidmat pesanan ringkas (SMS) menerusi

BERITA TERBARU

MCMC, PDRM banteras kegiatan pancing data

PUTRJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia berjaya membanteras kegiatan memancing data (phishing) melalui pautan khidmat pesanan ringkas (SMS) menerusi