NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

SEB sumbang dana lebih sejuta kepada Kerajaan Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
 REPLIKA CEK... Abang Johari (dua kiri) menerima replika cek yang diserahkan oleh Aishah (dua kanan) dan turut disaksikan oleh Sharbini (satu kanan) serta Marconi (satu kiri) di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima replika cek dengan dana keseluruhan bernilai RM1,100,000 daripada kakitangan Sarawak Energy Berhad (SEB), hari ini.

Menurut kenyataan, kakitangan SEB telah memberikan sumbangan berjumlah RM100,000 dan juga menyumbang belanjawan perayaan seratus tahun (centenary celebration budget) berjumlah RM1 juta.

Sehubungan itu, replika cek tersebut juga telah diserahkan oleh Naib Presiden Kanan SEB (Perkhidmatan Korporat) SEB Siti Aisah Adenan kepada Abang Johari di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi SEB Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi (dua dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB Datuk Sharbini Suhaili dan Naib Presiden Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar, Marconi Madai.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru