ARTIKEL

Fatimah ketika ditemui pemberita di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini | Foto: Mohd Alif Noni

Sebanyak 50 permohonan kewarganegaraan diterima sejak Januari hingga Mac tahun ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 50 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A telah diterima di Sarawak dari Januari hingga Mac tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak tiga (enam peratus) permohonan sudah mendapat keputusan, manakala 47 (94 peratus) permohonan sedang diproses.

Bagaimanapun katanya, bukan kesemua individu yang dilahirkan di dalam negara memperolehi kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang atau secara automatik.

“Ini kerana, kewarganegaraan individu adalah ditentukan berdasarkan status perkahwinan ibu bapa yang sah berdaftar mengikut undang-undang negara.

“Selain itu, taraf kewarganegaraan ibu bapa individu berkenaan sewaktu kelahiran berlaku dan kelahiran berlaku sebelum pendaftaran perkahwinan ibu bapa mengikut perundangan negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berhubung jumlah kes kewarganegaraan di Sarawak pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, hari ini.

Menjelas lanjut, katanya permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan merupakan permohonan untuk mendaftar sebagai warganegara Malaysia oleh mereka yang berumur di bawah 21 tahun dalam keadaan khas.

“Permohonan dan orang yang didaftarkan boleh hadir ke Kaunter Bahagian Kewarganegaraan Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau JPN Cawangan dan membawa dokumen-dokumen asal serta salinan,” katanya.

Untuk rekod, jumlah permohonan diterima dari tahun 2018 hingga 31 Mac 2024 bagi negeri Sarawak adalah sebanyak 1,453 permohonan.

Manakala, permohonan dalam proses sejak tahun 2018 hingga 31 Mac 2024 bagi negeri Sarawak adalah sebanyak 793.

BERITA LAIN

PCS diterima sebagai parti komponen GRS

KOTA KINABALU, Sabah: Parti Cinta Sabah (PCS) hari ini diterima sebagai parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun.

BERITA TERBARU

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen