Sebanyak 507 kes positif Covid-19 baharu di Sarawak hari ini

KUCHING: Kes baharu Covid-19 di negeri ini menurun kepada 507 kes hari ini berbanding kes yang dilaporkan dua hari yang lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sejumlah 313 atau 61.73 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di lima buah Daerah iaitu di 91 kes di Kuching, Sibu (85), Kapit (65), Sebauh (42) dan Song (30).

Katanya, daerah lain yang merekodkan kes adalah Bintulu (26), Mukah (15), Miri (15), Sri Aman (14), Samarahan (14), Telang Usan (13), Simunjan (12), Kanowit (11), Saratok (6), Tatau (6), Tanjung Manis (5), Bukit Mabong (5), Bau (5), Pakan (5), Lundu (3), Pusa (2), Sarikei (2), Betong (2), Matu (1), Serian (1), Meradong (1), Dalat (1), Selangau (1) dan Lubok Antu (1).

Jelasnya, jumlah keseluruhan kes di Sarawak meningkat kepada 60,989 kes.

“Daripada 507 kes baharu yang dilaporkan, seramai 51 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 437 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.

Suara Sarawak