ARTIKEL

Foto: BERNAMA

Sebastian Coe dipilih semula sebagai Presiden Olahraga Dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BUDAPEST: Sebastian Coe dipilih semula tanpa bertanding sebagai Presiden Olahraga Dunia untuk penggal ketiga, dengan memperoleh majoriti besar pada kongres badan sukan itu pada Rabu.

Coe menerima 192 daripada 195 undi di Budapest, dengan tiga berkecuali, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Berusia 66 tahun itu, anak kelahiran Britain dan bekas juara Olimpik itu telah mempengerusikan badan sukan olahraga dunia itu sejak 2015.

Beliau dipilih semula buat kali pertama pada 2019 dan kini akan berkhidmat untuk penggal terakhir sehingga 2027.

Coe mungkin tidak melengkapkan penggalnya kerana terdapat spekulasi beliau boleh bertanding jawatan presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 2025.

Bekas atlet lompat bergalah Sergey Bubka yang bertanding menentang Coe pada pemilihan 2015, tidak bertanding semula.

Atlet Ukraine itu tidak bertanding semula kerana kritikan berhubung kaitannya dengan Rusia di tengah-tengah pencerobohan ke atas Ukraine.

Bubka sebelum ini juga meletak jawatan sebagai presiden Jawatankuasa Olimpik Ukraine. – BERNAMA

BERITA LAIN

China konsisten alu-alukan pelaburan asing

BEIJING: Masyarakat antarabangsa semakin yakin akan ekonomi China yang meningkat semula dan berkembang menuju ke arah yang baik sejak awal tahun ini. China mengalu-alukan sektor

BERITA TERBARU

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan