ARTIKEL

Sebuah kereta terbakar berhampiran Ladang Derawan Sime Darby

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Anggota BBP Samalaju ketika memadam kebakaran yang berlaku dalam insiden berhampiran Derawan Sime Darby, Jalan Pesisir Bintulu-Miri, awal pagi tadi.

BINTULU: Sebuah kereta sedan jenis Proton Saga yang diletakkan di bahu jalan berhampiran Ladang Derawan Sime Darby, Jalan Pesisir Bintulu-Miri di sini terbakar dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju Mohd Radzimin berkata, sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 3.40 pagi.

Anggota BBP Samalaju ketika memadam kebakaran yang berlaku dalam insiden berhampiran Derawan Sime Darby, Jalan Pesisir Bintulu-Miri, awal pagi tadi.

Setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan sebuah kereta yang diparkir di bahu jalan.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan satu aliran bantu mula sehingga kebakaran berjaya dikawal dan padam sepenuhnya.

“Siasatan awal yang dijalankan mengesahkan kereta terbabit terbakar 70 peratus,” katanya.

Bagaimanapun, punca kebakaran masih dalam siasatan.

BERITA LAIN

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja

BERITA TERBARU