SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Sebuah kereta terbakar di Bintulu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Anggota bomba berusaha memadam kebakaran pada sebuah kereta di Good Park, Jalan Tanjung Batu, semalam.
Anggota bomba berusaha memadam kebakaran pada sebuah kereta di Good Park, Jalan Tanjung Batu, semalam.

BINTULU: Bahagian hadapan enjin sebuah kereta Hyundai Starex Royale terbakar 100 peratus di sebuah kediaman di Good Park, Jalan Tanjung Batu, semalam.

Insiden turut menjejaskan sebuah kenderaan jenis Kia Sorento yang mengalami sedikit kerosakan di bahagian belakang akibat terkena bahang.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Bintulu, Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 7.02 malam tadi oleh pemilik kediaman .

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu telah dikerahkan ke lokasi bagi melakukan operasi pemadaman dan menyelamat.

“Bagaimanapun, kebakaran berjaya dipadam oleh penghuni kediaman terbabit menggunakan dua unit alat pemadam api dan lima unit bebola api dan air paip,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, pasukan bomba bertindak dengan menyiram menggunakan air paip dan membuka bonet hadapan untuk menanggalkan terminal bateri kereta.

“Setelah memastikan keadaan selamat, pasukan bertolak balik ke balai,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru