Sebuah pacuan empat roda jatuh di feri Triso

SEBUYAU: Sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda jatuh dari feri Triso di Jalan Beladin Triso di sini bersama-sama lapan mangsa.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memberitahu, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.14 petang tadi dan mengerahkan anggota dari BBP Saratok dan Simunjan ke lokasi kejadian.
Katanya, kejadian terbabit tular di media sosial apabila seorang saksi membuat rakaman secara langsung
“Seramai lapan mangsa berjaya di keluarkan oleh orang awam dengan bantuan feri dan juga jentolak di lokasi.
“Video yang berdurasi 7 minit 15 saat tersebut menunjukkan kesemua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.
Kelihatan juga mangsa yang dikeluarkan diberi bantuan CPR mangsa ditebingan dermaga feri.