ARTIKEL

Tangkap layar Youtube Agenda-Free TV

Sebuah pesawat terhempas berhampiran sungai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SAN FRANCISCO: Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, kata pihak berkuasa.

Penggerak balas pertama sedang melakukan “penyelamatan aktif” pada Selasa selepas pesawat itu terhempas di kawasan Sungai Tanana di Fairbanks, menurut pegawai tempatan, lapor Xinhua.

Ketua Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Alaska, Clint Johnso berkata tidak dapat dipastikan berapa ramai penumpang di dalam Douglas DC-4 itu apabila ia terhempas sekitar 10.30 pagi sebaik selepas berlepas ke arah selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Fairbanks.

“Kami memaklumi insiden itu membabitkan Doughlas DC-4 di Sungai Tanana berhampiran Jalan Kallenberg,” menurut lapangan terbang berkenaan dalam kenyataan.

“Pasukan polis Alaska sedang giat mengetuai operasi menyelamat dan kami bekerjasama dengan mereka.”

Seorang jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Fairbanks menggesa orang ramai agar mengelak daripada melalui kawasan itu.

Pasukan polis Alaska turut dibantu oleh agensi tempatan, negeri dan persekutuan.
Seorang saksi berkata dia mendengar letupan yang kuat dan melihat sebuah pesawat di udara dengan enjin terbakar, menurut laporan Anchorage Daily News.– BERNAMA

BERITA LAIN

Ireland secara rasmi iktiraf Negara Palestin

DUBLIN: Ireland secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin dan menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mendengar suara masyarakat antarabangsa dan menghentikan malapetaka kemanusiaan di Semenanjung

Jepun mahu tubuhkan organisasi siasat kejadian UFO

TOKYO: Penggubal undang-undang Jepun pada Selasa bertemu untuk mewujudkan kumpulan dwipartisan yang akan meminta kerajaan menubuhkan organisasi untuk menyiasat fenomena udara tidak dikenal pasti atau

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)