Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Ops Premis Bersih : RM2,300 kompaun dikeluarkan di Sarikei

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Anggota penguatkuasa Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei menjalankan operasi di sekitar bandar Sarikei.
Anggota penguatkuasa Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei menjalankan operasi di sekitar bandar Sarikei.

SARIKEI : Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei mengeluarkan kompaun berjumlah RM2,300 dalam operasi premis bersih di sekitar bandar ini, semalam.

Pegawai Kesihatan Bahagian Sarikei, Dr. Emmanuel Joseph Fong Tsung berkata, sebanyak 13 buah premis di premis di periksa manakala sebuah gerai diarahkan tutup kerana gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Menurutnya, sebanyak empat notis turut dikeluarkan dan setiap satunya atas kesalahan Peraturan 11(1)(b) iaitu mengaji atau membenarkan pengendali makanan bekerja tanpa menjalani latihan pengendali makanan.

“Pemilik juga dikenal pasti tidak mematuhi Peraturan 34(1) iaitu gagal mengekalkan premis dalam keadaan bersih, Peraturan 31(1) iaitu tidak menjalani pemeriksaan kesihatan dan 33(1)(F) iaitu tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan kebersihan diri pengendali makanan,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi itu antara lainnya bertujuan menguatkuasakan peraturan kebersihan makanan 2009, meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya penjagaan diri dan tempat penyediaan makanan.

Fong Tsung menegaskan, mereka yang dikenakan kompaun dikehendaki membayar kompaun dalam tempoh 14 hari dari tarikh kompaun ditawarkan.

“Secara keseluruhan kita mendapati tahap kebersihan premis makanan di Sarikei agak memuaskan.

“Bagaimanapun, pemantauan dari semasa ke semasa akan terus dilakukan bagi memastikan aspek kebersihan sentiasa diberi keutamaan,” katanya.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru