Trending

Sebuah rumah di Kampung Sinar Baru hampir dijejaskan tanah runtuh

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Hujan lebat sejak malam tadi mengakibatkan tanah runtuh berlaku, malah hampir menjejaskan sebuah rumah di Kampung Sinar Baru, Jalan Puncak Borneo, di sini hari ini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 11.33 pagi oleh ketua kaum Ngui Nam Chien.

APM Sarawak menyarankan ketua Kaum Ngui Nam Chien dan pemilik rumah agar berjaga-jaga sekiranya berlaku kejadian tanah runtuh sekali lagi.

Katanya, ketua kaum tersebut memaklumkan tanah runtuh berlaku kira-kira jam 5 pagi dan hampir menjejaskan sebuah rumah.

“Tiba di lokasi, pihak APM berjumpa dengan Nam Chien dan bertanya keberadaan tanah runtuh yang dinyatakan, lalu mengambil maklumat rumah berhampiran dengan tanah runtuh tersebut.

“Kejadian tanah runtuh tersebut berlaku berhampiran kawasan hadapan dan belakang rumah William Shaw,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, pihak APM yang berada di lapangan telah membuat pemantauan di kawasan tersebut.

Kedua-kedua ketua kaum dan pemilik rumah turut disarankan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dari sebarang kemungkinan kejadian berlaku sekali lagi.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru

Guru pemacu impian Sarawak

KUCHING: Guru berperanan penting dalam memastikan Sarawak berupaya merealisasikan impian