Sebuah rumah musnah, 7 penghuni terselamat

PADAWAN: Tujuh penghuni sempat menyelamatkan diri selepas rumah yang didiami mereka musnah keseluruhannya dijilat api di Kampung Semban, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan insiden sekitar jam 11.35 malam sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau ke lokasi kejadian.

Menurutnya, setibanya di lokasi tindakan awal adalah memastikan tiada mangsa yang terperangkap, menyaksikan kesemua tujuh individu terbabit ditemui dalam keadaan selamat.

“Hasil pemeriksaan awal mengesahkan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu.

“Walaubagaimanapun kebakaran menyebabkan sebuah rumah kayu bersaiz 20 x 15 kaki persegi musnah 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suara Sarawak