ARTIKEL

Api marak memusnahkan sebuah rumah kosong di Kem Piasau, Jalan Pantai

Sebuah rumah tidak berpenghuni musnah dalam kebakaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sebuah rumah tidak berpenghuni di Kem Piasau, Jalan Pantai di sini musnah dalam satu insiden kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan yang melaporkan mengenai insiden berkenaan sekitar jam 1 pagi.

Sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong dengan bantuan daripada BBP Miri Sentral dikerahkan ke lokasi kejadian yang jaraknya 11 kilometer dari balai sejurus menerima laporan berkenaan.

“Setibanya di lokasi kejadian, kebakaran melibatkan sebuah rumah struktur kekal setingkat telah terbakar 90 peratus.

“Bagaimanapun, kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa kerana rumah tersebut tidak berpenghuni,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu katanya, pihak bomba bertindak menjalankan operasi pemadaman bagi mengawal dan memadam kebakaran.

“Kebakaran berjaya dikawal daripada merebak pada jam 2.30 pagi dan kerja-kerja pembersihan dijalankan untuk memastikan tiada lagi punca-punca api berulang di lokasi kejadian.

“Operasi pemadaman api tamat sepenuhnya pada jam 2.43 pagi, dan punca kebakaran masih dalam siasatan, ” ujarnya

BERITA LAIN

BERITA TERBARU