ARTIKEL

Sebuah rumah, tiga kenderaan hangus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sebuah rumah dan tiga kenderaan musnah dalam satu kebakaran di Lorong Interhill 2, Ocean Park di sini, pagi semalam.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, sepasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 9.24 pagi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah kenderan di tempat letak kereta di hadapan rumah.

“Kebakaran tersebut kemudian merebak ke dua kenderaan yang bersebelahan sebelum merebak ke atas siling seterusnya memasuki ke dalam rumah.

“Operasi pemadaman terus dijalankan walaupun pasukan pada mulanya mengalami sedikit kesukaran untuk memadam api dalam rumah kerana arus elektrik masih aktif dan belum dipotong,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Menurut maklumat daripada komander operasi, kebakaran itu menyebabkan kemusnahan 100 peratus pada dua kenderaan dan sebuah lagi mengalami kemusnahan 50 peratus.

Kebakaran terbabit juga memusnahkan rumah dua tingkat itu sepenuhnya semasa kejadian.

Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilapokan. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,