ARTIKEL

Sebutan semula kes bunuh Eric pada 6 April depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh sebutan semula kes bunuh Eric Chang Wei Jie, kanak-kanak lelaki berusia empat tahun pada 6 April depan bagi menunggu laporan forensik disediakan.

Wendy Chai Xue Zhen, 36, dan Ling Kok Liang, 51, merupakan pasangan kekasih yang menjaga kanak-kanak terbabit itu sepatutnya didakwa di Mahkamah Tinggi hari ini, di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

Hakim Azhahari Kamal Ramli menetapkan tarikh baru bagi sebutan semula kes terbabit selepas mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya Kong Siew Chuo kerana laporan forensik masih belum tersedia walaupun kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Azhahari memerintahkan kedua-dua tertuduh dilanjutkan reman di Penjara Puncak Borneo sementara menunggu sebutan semula kes.

Dalam pada itu, Azhahari turut menggesa agar pihak pendakwaan mempercepatkan proses penyerahan laporan forensik memandangkan kedua-dua tertuduh telah direman dalam tempoh lama sejak 16 Mac 2022.

Selain itu, mahkamah juga menugaskan peguam lantikan untuk membela mereka dalam perbicaraan nanti.

Terdahulu, media melaporkan kedua-dua pasangan itu didakwa di Mahkamah Majistret kerana melakukan pembunuhan antara 4 Mac hingga 7 Mac, sekitar jam 5 petang, di lorong 2, Taman Riverview, Jalan Bintawa.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati.

Kanak-kanak terbabit dilaporkan hilang pada 7 Mac semasa dijaga oleh pengasuhnya di kawasan perumahan di Bintawa.

Operasi pencarian Eric bermula 13 Mac 2022 di sekitar perairan Sungai Muara Tebas dihentikan pada pada 19 Mac 2022 selepas misi tersebut menemui jalan buntu.

Setakat berita ini ditulis, sehingga hari ini tiada sebarang penemuan mayat kanak-kanak terbabit selepas dilaporkan hilang hampir setahun yang lalu.

BERITA LAIN

Polis tumpas geng Apekaktif curi motosikal

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket mencuri motosikal yang aktif sejak enam bulan lepas dengan penahanan empat individu termasuk seorang wanita dalam serbuan berasingan sekitar Lembah Klang pada

Geran MRP dan Unifor harus digunakan sepenuhnya

PADAWAN: Penerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan geran Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) diingatkan untuk menggunakan sepenuhnya peruntukan yang dipohon. Timbalan Menteri

Rakyat Sarawak ada bakat dalam bidang klinikal

KUCHING: Kerjasama antara syarikat farmaseutikal dan bioteknologi multinasional AstraZeneca dengan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Umum Sarawak (HUS) menunjukkan bahawa rakyat tempatan juga memiliki bakat

BERITA TERBARU

Polis tumpas geng Apekaktif curi motosikal

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket mencuri motosikal yang aktif sejak enam bulan lepas dengan penahanan empat individu termasuk seorang wanita dalam serbuan berasingan sekitar Lembah Klang pada