ARTIKEL

BERCAKAP...Presiden Parti Sedar Rakyat, Datuk Othman Abdillah

SEDAR mahu Sabah belajar dari Sarawak Untuk Majukan Sabah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar Sabah dapat mengadaptasi langkah kemajuan dikecapi Sarawak.

“Kalau boleh kita mahu bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak  yang diterajui GPS. 

“Jadi cadangan saya kepada Sabah, kita mesti bekerjasama dengan GPS supaya Sedar Sabah maju seiring dengan negeri ini, itu penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Kongres Umum Tahunan Ke-5 (2023) di sebuah hotel di Kuching, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau percaya Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merangkap Pengerusi GPS itu tidak lokek dalam berkongsi pengetahuan tentang langkah-langkah dan usaha yang dilaksanakan demi memastikan Sarawak cepat membangun.

“Sebab itulah saya berminat masuk Sabah. Pastikan kita menang di Sabah dan menukar pentadbiran supaya tidak ketinggalan, mungkin maju dari Sarawak, mungkin yang termaju di Malaysia,” tambahnya.

Terdahulu, kongres menyaksikan majlis bersambung dengan pembacaan dan pengesahan minit kongres umum tahunan lalu; perbincangan perkara-perkara berbangkit; laporan penyata tahunan; pembahasan resolusi-resolusi daripada Majlis Kerja Tertinggi beserta ahli dan sebagainya.

Turut hadir, Pengerusi Sedar Sabah, Profesor Dr Ariffin Willie Muhammad dan Setiausaha Sedar Sabah, Julia Ongkili.

BERITA LAIN

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap