ARTIKEL

Pihak SEDCE dan Bomba Sarawak merakam kenangan pada program agihan bubur pedas di sini, hari ini.

SEDC Energy bersama Bomba Sarawak erat silaturahim dalam komuniti dengan agihan 600 bungkus bubur pedas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sebanyak 600 bungkus bubur pedas diagihkan oleh SEDC Energy (SEDCE) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak kepada masyarakat di sekitar Stesen Pelbagai Bahan Api Petroleum Sarawak (PETROS) Darul Hana di sini hari ini.

SEDCE menerusi satu kenyataan berkata, inisiatif ini dijalankan bertujuan untuk memupuk kerjasama dan mengeratkan silaturahim dalam komuniti sepanjang bulan Ramadan ini.

Khirudin mengagihkan bubur pedas kepada orang ramai semasa program tersebut.

“Dengan adanya program seperti ini, SEDCE dan pihak Bomba bekerjasama dalam menyediakan juadah tradisional Ramadan di Sarawak.

“Selain itu, kami juga ingin menjadikan PETROS sebagai stesen komuniti yang mampu menjadi hab untuk program seperti ini.

“Kami juga mahu masyarakat berbangga dengan kami sebagai jenama Sarawak di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan itu.

Sehubungan itu, SEDCE turut berharap agar kerjasama bersama pihak Bomba memberi impak positif kepada masyarakat.

“Melalui inisiatif ini, kedua-dua pihak komited dalam memberi khidmat dan semangat kepada masyarakat setempat terutamanya pada bulan mulia ini,” jelasnya.

Program agihan itu turut dihadiri oleh wakil masyarakat dari Kampung Darul Hana Blok A, Kampung Bintawa Tengah, Kampung Bintawa Hulu dan Kampung Bintawa Hilir.

Baca lain  Jangan main api

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi (COO) SEDCE, Foo Kim Leong, dan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Datuk Khirudin Drahman.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU